Monday, August 23, 2010




بسم الله الرمن الرحيم
Alhamdulillah terhadap Rabb,
segala pujian dan syukur hanya milikNya yang Satu...
Selawat serta salam terhadap junjungan besar baginda
Rasulullah SAW,kaum kerabat Baginda, sahabat-sahabat
Baginda serta para pewaris Baginda sehingga akhirnya...

Alhamdulillah...
syukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaanNya dapat juga saya membuat 1 blog
berkenaan tentang peninggalan warisan yang tidak asing lagi di bumi Melayu iaitu
senjata seni purba.

Masyarakat Melayu terkenal dengan hasil kesenian pertukangannya. Antara hasil keseniannya ialah keris yang merupakan sejenis senjata pendek pahlawan Melayu pada zaman dahulu. Keris dianggap sebagai senjata yang mempunyai martabat dan nilai estetika yang begitu tinggi. Selain digunakan sebagai senjata untuk menikam musuh, keris juga dianggap sebagai salah satu alat atau lambang kebesaran bagi raja-raja yang memerintah.
Merujuk kepada Kamus Dewan (edisi tiga), keris didefinisikan sebagai ‘sejenis senjata bermata dua yang tajam (bilahnya lurus dan berlok-lok).
Dilihat dari sudut dialek rumpun Melayu Nusantara pula, dalam bahasa Krama-Inggil keris disebut duwung. Dalam bahasa Jawa (Kawi) senjata ini dipanggil cirigo. Manakala dalam bahasa Kemboja pula disebut kroes. Berdasarkan fakta kajian Mobeirman (1980) Keris Jawa Demam antara keris yang terkenal di Nusantara disebut sebagai Kocit-Kocitan.
Walaupun pelbagai makna dan istilah yang diberikan, konklusinya keris tetap dianggap sebagai salah satu senjata orang Melayu yang tinggi hasil tukangan, kesenian, dan darjatnya serta diperhalus seni permainannya yang penuh berahsia dalam pergerakan silat Melayu. Menyingkap daripada sudut sejarah, keris dianggap telah wujud semenjak 650 tahun dahulu.




senjata ini dinamakan Badik Bugis yang jarang ditemui di tanah melayu.













No comments:

Post a Comment